Home » , » Perbandingan Sirah Dan Sejarah

Perbandingan Sirah Dan Sejarah

Written By Rachmat.M.Flimban on Jumat, 17 Oktober 2014 | Jumat, Oktober 17, 2014

Related categories : Sirah

Transcribed on: 16 Oktober 2014

PIM SIRAH: Perbandingan Sirah Dan Sejarah

Sebagaimana yang telah dijelaskan melalui perbincangan sebelum ini, sirah merupakan suatu kajian yang berkisar tentang perjalanan kehidupan insan mulia Nabi Muhammad SAW. Berlainan pula halnya dengan sejarah, dari segi makna dan definisi bahasa ianya tidak jauh beza dengan definisi sirah yang baru dijelaskan sebentar tadi iaitu peristiwa penting yang sudah berlaku pada masa lampau yang dapat dijadikan iktibar dan pedoman untuk masa akan datang. Namun, dari segi definisi istilahnya, sejarah dan sirah dapat difahami dengan makna yang berbeza. Ini kerana, sejarah merangkumi sesuatu yang umum dan tidak dispesifikasikan kepada seseorang individu yang terlibat sebagaimana halnya dengan sirah.

Sirah ditegaskan sekali lagi secara khususnya mengkaji tentang latar belakang kehidupan ataupun biografi Rasulullah SAW manakala sejarah hanya meneliti dan mengkaji peristiwa-peristiwa yang dianggap penting dan bermakna. Oleh yang demikian, dapat dilihat bahawa pengkhususan bidang kajian dalam dua aspek ini dapat dibezakan dan difahami.

SIRAH ASPEK SEJARAH

Saraha bermaksud perjalanan hidup

DEFINISI

Syajarah ataupun syajaratun bermaksud pokok

Kajian tertumpu kepada perjalanan dan kisah hidup Nabi Muhammad SAW. Kajian juga menekankan sifat peribadi dan akhlak junjungan mulia Nabi Muhammad SAW serta cara baginda menjalani kehidupan seharian yang boleh diteladani

BIDANG KAJIAN

Kajian mengenai peristiwa-peristiwa yang dianggap penting yang berlaku pada masa lampau. Lebih berfokuskan kepada perkembangan peradaban ataupun tamadun sesuatu zaman yang boleh dijadikan iktibar dan pengajaran

Al-Quran, as-Sunnah

SUMBER KAJIAN

Primer, Sekunder, Lisan

Khusus mengenai kajian seseorang individu iaitu Rasulullah SAW

SIFAT

Umum mengenai peristiwa-peristiwa penting masa lampau

Tidak boleh berubah kerana terdapat peristiwa yang telah tercatat di dalam al-Quran dan as-Sunnah

KEDUDUKAN FAKTA

Fakta boleh berubah dengan adanya sumber ataupun bukti yang lebih awal atau jelas dari sumber sebelumnya

Jadual 1 : Perbandingan Antara Sirah dan Sejarah

Melalui jadual perbandingan di atas, dapatlah dilihat bahawa sirah dan sejarah terdapat perbzaannya yang tersendiri melalui aspek-aspek tertentu. Perbezaan pertama yang dapat dilihat secara jelas ialah dari segi definisi kedua perkataan iaitu sirah dan sejarah yang mempunyai maksud yang berbeza meskipun hampir sama.

Selain itu, perbezaan antara dua aspek ini juga dapat dilihat dengan jelas melalui kajian bidang. Ini kerana, sirah lebih spesifik dan tertumpu kepada penceritaan dan kajian mengenai cara dan latar belakang kehidupan peribadi Rasulullah SAW bermula dari awal kelahirannya sehingga kewafatan baginda serta perjalanan dakwah Baginda untuk menyebarkan Islam yang tercinta. Sejarah pula mencatatkan peristiwa-peristiwa penting yang bermakna melalui bukti-bukti dan rujukan yang kukuh. Sejarah juga lebih memfokuskan kepada perkembangan sesbuah tamadun dan keruntuhannya serta perkara-perkara yang boleh dijadikan sebagai pengajaran kepada masyarakat lain. Terdapat juga perbezaan antara keduanya dari segi sumber kajian iaitu sirah diambil daripada sumber al-Quran yang tenyata benar, hadis-hadis yang sahih dan juga kitab-kitab sirah karangan tokoh-tokoh sejarawan Islam yang terkenal. Sejarah pula lebih mengambil sumber berdasarkan sumber primer iaitu peninggalan bahan-bahan sejarah dahulu contohnya seperti dokumen-dokumen, artifak dan sebagainya. Ia juga menggunakan sumber sekunder iaitu sumber berdasarkan hasil penyelidikan dan kajian tokoh-tokoh sejarawan lama yang mengkaji sesuatu peristiwa tersebut. Selain itu, sejarah juga mengambil sumber kajian berdasarkan sumber lisan daripada orang-orang yang mengetahui dengan jelas dan mempunyai pengalaman dan pandangan sendiri berkaitan dengan peristiwa sejarah yang hendak dikaji.

Dari segi aspek kedudukan fakta, sirah merupakan sebuah catatan yang benar dan sahih kerana ia merupakan perkara yang telah dinyatakan di dalam al-Quran dan tidak mungkin berubah dan ditokok tambah. Hal ini jelas membuktikan bahawa amat sukar untuk membuat penyelewengan terhadap sirah kerana rujukan yang diambil adalah berdasarkan sumber yang kukuh seperti al-Quran dan as-Sunah. Berlainan pula dengan sejarah, ia boleh berubah mengikut masa. Ini bermaksud, apabila terdapat sesuatu bukti ataupun sumber yang lebih benar dan tepat daripada sumber dan bukti yang digunakan sebelumnya, maka fakta sejarah tersebut boleh diubah mengikut bukti dan penemuan kebenaran yang baru.

Demikianlah sedikit sebanyak perbandingan antara sirah dan sejarah yang mampu untuk dihuraikan sebentar tadi. Sememangnya kebanyakan orang akan berpendapat bahawa sirah dan sejarah mempunyai maksud yang sama dan cuma berbeza dari sudut penggunaan istilah zahir. Oleh yang demikian, perlunya kajian yang lebih terperinci di antara dua aspek ini iaitu sirah dan sejarah agar semua pihak mampu memahaminya dengan lebih mendalam dan dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian berkaitan dengan pengajaran dan teladan yang dapat diambil sebagai panduan hidup pada masa kini dan masa hadapan.

Sources of articles by : Lagendahawa.blogspot.com and authors by : 

Rewritten by : Rachmat Machmud  end Republished by : Redaction Duta Asri Palem 3

Kembali Keatas

|
Print Friendly and PDFPrint Article
Share this article :

0 komentar:

Posting Komentar

= > Silakan Berkomentar Sesuai Tema Diatas
=> Berkomentar Dengan Link Hidup Tidak Akan di Publish
=> Dilarang Berkomentar SPAM
=> Tinggalkan Komentar Sangat Penting Untuk Kemajuan Blok ini

Total Tayangan Halaman

Translate to your language


Negara Pengunjung

Flag Counter

KALENDER HIJRIYAH



 
Support : Link Palem 3 | Al Islam | 4 Muslim
Copyright © 2013. Mushola Nurul Iman - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Modified by CaraGampang.Com
Proudly powered by Blogger
-->