Apakah yaang dimaksudkan dengan bidaah? Lebih senang ditafsirkan mengikut AlQuran iaitu apa yang bukan selepas haq ialah bidaah. Dan tiap2 bidaah itu adalah sesat. Surah Yunus:32
Maka yang demikian (sifatNya dan kekuasaanNya) ialah Allah, Tuhan kamu yang sebenar-benarnya; sesudah nyatanya sesuatu yang betul dan benar, maka tidakkah yang lain daripada itu salah dan sesat sahaja?
Ada juga mrk yang mendakwa bahawa wirid selepas solat merupakan bidaah. Ini kerana mrk kurang tidak mendalami AlQuran dan hadis kerana terdapat didalam Surah Qaf:40
Serta bertasbihlah kepadaNya pada malam hari dan sesudah mengerjakan sembahyang.
Bolehlah buka mana2 tafsir muktabar samada Ibnu Katsir, tafsir Jalallain, tafsir Tabari, tafsir Qurtubi dsb maksud `AsSujud` iaiatu AsSolat. Siapa pula yang berani mendakwa bahawa Rasulullah saw dan para sahabat r.anhum tidak pernah berwirid dan bertasbih selepas solat? Mrk sangat menjaga dan mengikuti setiap kalimah perintah AlQuran. Tetapi sebenarnya saya ingin fokuskan bahawa banyak berlaku bidaah dalam pembahagian muamalat, munakahat, ibadah dan apatah lagi jinayat semenjak runtuhnya Daulah Uthmaniyyah. Bukankah menswastakan hak2 milik awam, daulah dan fardhiah hukumnya bidaah dan haram! Pada zaman Rasulullah saw sehimggalah Daulah Uthmaniyyah, mana ada menswastakan keperluan air, api, garam, tanah kediaman, hasil mahsul bumi dsbnya? Semua ini dijaga oleh pemerintah dan diagihkan kepada seluruh kaum muslimin. Surah Al`Araaf:32
Katakanlah (wahai Muhammad): "Siapakah yang (berani) mengharamkan perhiasan Allah yang telah dikeluarkanNya untuk hamba-hambaNya, dan demikian juga benda-benda yang baik lagi halal dari rezeki yang dikurniakanNya?" Katakanlah: "Semuanya itu ialah (nikmat-nikmat) untuk orang-orang yang beriman (dan juga yang tidak beriman) dalam kehidupan dunia; (nikmat-nikmat itu pula) hanya tertentu (bagi orang-orang yang beriman sahaja) pada hari kiamat".
Kalau nak sentuh, mmglah banyak perkara yang tak kena cuma manusia sekarang ini sempitkan bidaah hanya pada bab ibadah sahaja. Wallahualam.
0 komentar:
Posting Komentar
= > Silakan Berkomentar Sesuai Tema Diatas
=> Berkomentar Dengan Link Hidup Tidak Akan di Publish
=> Dilarang Berkomentar SPAM
=> Tinggalkan Komentar Sangat Penting Untuk Kemajuan Blok ini